Wednesday 14 November 2012

B.Kumpulan Makanan Dan Jenis makanan


Unsur-unsur di dalam bahan makanan boleh dibahagikan kepada lima kelas iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin.

 Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Contoh makanan yang berkarbohidrat seperti nasi,roti,mi,ubi-ubian dan bijirin.


Contoh makanan berprotein ialah ikan,daging,telur dan susu.Protein  penting dengan  fungsi  menbentuk kompaun badan,meransang pertumbuhan dan penggantian tisu dan otot badan serta membentuk antibody.




 Lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Contoh makanan yang berlemak ialah mentega,,minyak masak dan coklat.


Vitamin mempunyai pelbagai fungsi kepada bahan. Kebanyakan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim yang diperlukan bagi memudahkan tindak balas enzim yang berperanan menubuh tubuh badan yang sihat.Contoh vitamin ialah vitamin A,B,C,D,E dan K.Contoh makanan bervitamin ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.

 Zat mineral penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.Contoh zat mineral ialah kalsium,zat besi dan soldium.


No comments:

Post a Comment