Monday 19 November 2012

Senaman



D.Senaman



Amalan gaya hidup yang sihat bukan dari segi pemakanaan sahaja,tetapi juga harus mengadakan  senaman harian.Marilah kita bersama-sama bersenam mengikut muzik dan senaman dari rakaman video berikut.





Latihan

Pilih jawapan yang betul

1)       Lima jenis kumpulan makanan ialah,kecuali

           (A)      Karbohidrat
           (B)      Protien
           (C)      Udara
           (D )     Lemak

2)        Makanan yang mengandungi karbohirat ialah

           (A)      Roti
           (B)      Susu
           (C)      Telur
           (D )     Mentega

3)        Karbohirat menyumbang_________________yang diperlukan kepada tubuh badan.

           A)       Air
           (B)      Vitamin
           (C)      Tenaga
           (D )     Sayur

4)       _______________penting untuk pertumbuhan dan pengantian tisu dan otot badan.

          ( A)       Zat mineral
           (B)      Vitamin
           (C)      Tenaga
           (D )     Protien

5).     Kita memerlukan_____________untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

           (A)      Coklat
           (B)      Vitamin
           (C)      Gula-gula
           (D )     Ais krim

6)      Bincang  dalam kumpulan ,siapakah dalam gambar di bawah memilih makanan dalam kadar yang  
         seimbang dan betul.




7) Pilih 2 kumpulan makanan yang sihat.




Wednesday 14 November 2012

B.Kumpulan Makanan Dan Jenis makanan


Unsur-unsur di dalam bahan makanan boleh dibahagikan kepada lima kelas iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin.

 Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Contoh makanan yang berkarbohidrat seperti nasi,roti,mi,ubi-ubian dan bijirin.


Contoh makanan berprotein ialah ikan,daging,telur dan susu.Protein  penting dengan  fungsi  menbentuk kompaun badan,meransang pertumbuhan dan penggantian tisu dan otot badan serta membentuk antibody.




 Lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Contoh makanan yang berlemak ialah mentega,,minyak masak dan coklat.


Vitamin mempunyai pelbagai fungsi kepada bahan. Kebanyakan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim yang diperlukan bagi memudahkan tindak balas enzim yang berperanan menubuh tubuh badan yang sihat.Contoh vitamin ialah vitamin A,B,C,D,E dan K.Contoh makanan bervitamin ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.

 Zat mineral penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.Contoh zat mineral ialah kalsium,zat besi dan soldium.


PEMAKANAN

A .   Piramid Makanan Seimbang Dan kadar pengambilannya.

Semua orang mesti mempunyai amalan pemakanan yang  betul supaya badan menjadi sihat dan cergas.Kita mesti pandai mengambil makanan pada kadar tertentu mengikut kumpulan dan jenis makanan.Kadar pengambilan terbahagim kepada makan lebih banyak,makan banyak,makan sederhana dan makan sedikit  seperti dalam pramid di bawah:



Terdapat empat kumpulan makanan berdasarkan piramid makanan,iaitu,:

 1.  karbohirat 
 2.  Vitamin
 3.  Protein
 4.  Lemak

Pada hakikatnya tubuh manusia memerlukan zat-zat makanan yang seimbang yang boleh diperolehi daripada berbagai-bagai jenis makanan. Tidak ada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ksihatan. Hanya ara pemakanan yang tidak baik seperti pengambilan yang berlebihan dan kurang seimbang serta penjagaan anggota-anggota badan yang tidak sempurna yang akan mendatangkan keburukan.